Eksekutif Suri

Berita & Aktiviti

Halaman Utama | Utama 2 | Sahabat BioSirih(agen) | BioSirih Cosmetics | Suri&Sahabat | Pustaka Suri | Berita & Aktiviti | Petua&Perangsang | Khidmat&Produk | Daftar Ahli | Hubungi Suri

BERSAMA BERKONGSI BERITA & AKTIVITI SURI

KHABAR TERBAHARU DARI EKSEKUTIF SURI
 
SUMBANGAN BUKU & PAKAIAN SEKOLAH UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN

Projek Inisiatif Angkatan Sukarelawan HALUAN (ANSAR) & UKS Charity Team

Di ambang akhir tahun ini ibu bapa sibuk membuat persiapan persekolahan anak-anak, bagi keluarga yg berkemampuan, mungkin ini bukanlah masalah besar bagi mereka. Namun, bagi golongan berpendapat rendah, untuk menyara 3-4 orang anak ke sekolah, menjadi bebanan berat yang terpaksa digalas demi kecemerlangan anak-anak... tapi, bertambah malang lagi...bagaimana pula persediaan anak-anak yatim, fakir miskin yang pastinya tiada arah & tempat untuk berpaut dan berharap.... BANTULAH MEREKA DEMI MENCIPTA KEJAYAAN..ke arah hidup yang lebih terjamin...

Alhamdulillah, Eksekutif Suri dengan kerjasama HALUAN dan UkS Charity Team sedang menjalankan usaha mengumpul dana & sumbangan keperluan persekolahan anak-anak yatim & fakir miskin. Sumbangan akan disalurkan kepada UkS Charity Team (inisiatif ibu2 prihatin drp e-group UmmikuSayang) & HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi2 Pengajian Tinggi Malaysia).
UkS Charity Team & HALUAN banyak menjalankan projek-projek amal seperti lawatan ke hospital, bantuan utk anak-anak yatim & fakir miskin, program motivasi & lain2. HALUAN juga telah menubuhkan - Gabungan anak-anak Asnaf Malaysia (ANAS) yang merupakan gabungan beberapa buah institusi asrama anak yatim. ANAS memberi tumpuan khas kepada projek-projek pembangunan pendidikan secara terancang untuk penghuni asrama tersebut.

Bagaimana anda boleh membantu? :

Bentuk Sumbangan : BUKU & PAKAIAN SEKOLAH(termasuk baju, tudung, kasut dll.) Pakaian lain @ barang2 lain, insya-Allah diperlukan, tapi mungkin pada masa yg lain. Tumpuan sekarang untuk keperluan persekolahan yang menjelang tiba.

Pusat Pengumpulan:
1. Apartment Subang Suria, Seky U5 Shah Alam( Elly: 012-3614014)
2. Pusat Jualan & Aktiviti Eksekutif Suri: Murni Beauty House, No. 15A Jln Waruna U5, Desa Subang. (Puan Murni: 017-6806529)
3. Kompleks HALUAN Penyayang, Bukit Naga S.Alam - Hubungi Ustaz Adni Abd Razak (012-4375773)

Tempat2 lain: kepada yg sudi memberikan sedikit ruang tempat & masa utk menjadi tempat pengumpulan, amatlah dialu2kan. Insya-Allah, anda boleh berpakat sesama jiran utk mengumpul barang2 tersebut, dan pihak HALUAN akan menyediakan pengangkutan utk mengambil sumbangan anda di tempat anda.

Untuk maklumat lanjut hubungi- Elly: 012-3614014
eksekutifsuri@ yahoo.com.
atau wakil HALUAN - Ustaz Abd Rahhim Abd Wahab (017-4753040)

Semoga Allah Memberkati & Merahmati Usaha kita ini..amin.

PUSAT AKTIVITI & JUALAN EKSEKUTIF SURI

MATLAMAT EKSEKUTIF SURI

EksekutifSuri.com http://eksekutifsuri.tripod.com diwujudkan sebagai satu medium untuk membantu menghebahkan khidmat & produk yang dihasilkan oleh para suri rumahtangga yang berkerja di rumah sepenuh masa @ yang menjalankan perniagaan sambilan. Di samping dapat menjadi tapak untuk mendapatkan maklumat dan sokongan.
 
KONSEP PERKONGSIAN REZEKI
 
Insya-Allah Eksekutif Suri berpegang kpd konsep perkongsian rezeki, saling membantu memajukan ekonomi ummah. Bergabung dan berusaha bersama, berkongsi rezeki Allah. Bg yang berminat untuk berniaga tetapi kekurangan modal akan dibantu. Syarat utama: jujur, amanah, bersungguh2, dan faham erti jihad ekonomi.
 
USAHA TERKINI
 
Insya-Allah Eksekutif Suri akan ada Pusat Aktiviti & Jualan sendiri yang akan menjadi tempat untuk memasarkan pelbagai produk keperluan harian dan dibuka untuk disewa sebagai pusat menjalankan pelbagai aktiviti, khususnya untuk wanita & kanak-kanak.
 
Kami dalam usaha membantu seorang ibu tunggal, 3 anak, kematian suami. Kami akan menumpang di kedainya(yg disewa) buat sementara waktu di Taman Desa Subang utk memudahkan para Eksekutif Suri (Exec @ Home) berkumpul, berjual beli dll. Komisen jualan & hasil kutipan aktiviti akan disalurkan kpdnya.
 
Program dlm perancangan: Kelas Al-Quran & Tajwid, Kursus Andaman, Kursus Jahitan, Aerobik, Story Telling dll. (harap ada cadangan lagi).
 
Khidmat &Produk : Urut & Salon, Jahitan, Barangan keperluan harian-BioSirih Cosmetics, Susu Igg Hijaz, Buku, pakaian & kain ela, Makanan (fozen food), sos, serunding dll.
 
Eksekutif Suri mengalu-alukan rakan2 yg berminat untuk memasarkan apa2 produk secara consignment atau apa2 khidmat/kursus/program yang dapat dimanfaatkan bersama dapat menghubungi Elly : 012-3614014  eksekutifsuri@yahoo.com.my
 
Insya-Allah pembukaan rasmi Pusat Aktiviti & Jualan EksekutifSuri akan diumumkan setelah usaha2 ini berjaya. Doakan segala usaha ini dipermudahkan Allah & diberkati-Nya. Amin..
 
Terima kasih atas sokongan rakan-rakan..


KONGSI REZEKI DI SINI...

Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong.

hubungi:Puan Rabaah 016-3613827

 

UkSCharityTeam

SILA DAFTAR SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENYERTAI EKSEKUTIFSURI

Sekiranya anda mempunyai berita atau aktiviti yang berkenaan yang dapat dimanfaatkan bersama, sila kirimkan ke:

BERITA&AKTIVITI

DI MANAKAH ANAK ANDA SEKARANG?

ANAK UMPAMA KAIN PUTIH, TERPULANGLAH PADA ANDA UNTUK MENENTUKAN CORAKNYA
**UTAMAKAN KELUARGA**

dinzzzz.jpg

Gaya Hidup Sihat Bersama BIOSIRIH COSMETICS


 
Suri..Tunggak Kebahagian&Keutuhan Keluarga&Ummah

                SANGGAR SURI ENTERPRISE (c) Hak Cipta Tepelihara