Ayat-Ayat Al Qur’an Yang Menjelaskan Keutamaan
Mencari Rezeki
Surah Al-Baqarah Ayat 198:
Tiada salah, kamu mencari kurnia dari Tuhanmu (dgn meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji)
Surah Al-Jumu’ah Ayat 10:
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing); dan
carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya (di dunia
dan akhirat).
Surah As-Saff Ayat 10 - 11:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkanmu dari azab
seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan
agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat
yang sebenarnya).